Dolar Amerika Syarikat
Dolar Amerika Syarikat

Dolar Amerika Syarikat

Dolar (kod mata wang USD) ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk simbol dolar, $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.Diterima guna sejak 6 Julai 1785,[2] dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa.[3] Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya.[4] Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara,[5] menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran.[6] Sejak itu nilai semasa wang tunai euro dalam edaran telah meningkat kepada lebih €695 bilion, bersamaan dengan AS$1,029 bilion pada kadar tukaran semasa.[7][8]

Dolar Amerika Syarikat

Pengguna tidak rasmi
Kod USD
Sumber The World Factbook, anggaran 2007
Nama samaran Buck, green, dan greenback. Juga, Washingtons, Jeffersons, Lincolns, Benjamins, dan Hamiltons dipakai mengikut peringkat nilai,[1] juga peso di Puerto Rico.
Inflasi 2.7% (AS sahaja)
Bank pusat Bank Rizab Persekutuan
Jarang digunakan 50¢, $1
1/10 Dime
Kerap digunakan 1¢, 5¢, 10¢, 25¢
Laman sesawang www.usmint.gov
Simbol mata wang $ atau AS$
Pengguna rasmi  Amerika Syarikat
1/1000 Mill
Cent ¢ atau c
Dipancang oleh
Mill
Kilang Kilang Syiling Amerika Syarikat
Pihak pencetak Biro Ukiran dan Cetakan
1/100 Cent